Tuesday, September 1, 2009

Janganlah menangis

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
4. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

YA atau TIDAK

Sape kata bahasa melayu mudah???cuba penuhkan ayat dibawah dengan perkataan YA atau TIDAK:
"_________, saya seekor lembu".

kisah Tok Haji,Tok Lebai dan Tok Iman

Adapun setelah solat Jumaat berjemaah, Tok Haji bertemu ngan Tok Lebai & Tok Imam di beranda masjid.

Sambil berbual kosong, Tok Haji sempat gak nak test ilmu Tok Lebai & Tok Imam.

Haji: Lebai, Pak Imam, saya waktu naik haji dulu, ada pak Arab Mekah ajar ilmu spesel ...
Lebai: Ilmu apa tu, Tn Haji?
Imam: Ilmu agama ke?
Haji: Ilmu jurus beladiri skit ...
Lebai: Aiiii, bilamasa pak Arab reti bersilat ...
Imam: Tunjuk le skit .....

Maka Tok Haji pun mengeluarkan keris pendek, lalu dikibas2kan ke seekor lalat yg berlegar di atas kepala Tok Imam, tetiba jatuh lalat tu yang terbelah jd 2 bhg ke atas lantai depan mrk bertiga ...

Haji: Amacam, blh buat ke?
Imam: Blh tahan ilmu tu ....
Lebai: Hek eleh, setakat ilmu tu, sy lg terer ... bak sini keris tu ...

Maka Tok Lebai pun melibas2kan keris tu jpd seekor lalat yg melayang berhampiran mrk ... lalu lalat tu pun jatuh & terbelah pd 6 bhg ...

Lebai: Amacam Pak Imam ... sy lg leh terer buat drp Tn Hj kita ni .....
Haji: Pergghhh Lebai .... Lebai belajar kat mana?
Imam: Hmmm, hulur kejap keris tu .....

Tok Imam pun meminjam keris Tok Haji & dilibas2kan keris itu pd seekor lalat yg kebetulan melintasi pandangan matanya. Setelah itu, lalat itu hampir jatuh, tp sempat lari berterbangan meninggal mrk bertiga ....

Lebai: Aiiii Pak Imam, takkan tak mati lalat tu, ingatkan lebih terer ....
Haji: Ha'ah la, kot iye pun Pak Imam, paling cikai pun mau terbelah 10 ke, 50 ke ... apa ra ...

Imam: Kamu masih mentah lg ... korg berdua tak nampak ke aku sunatkan lalat tu ....

Tok Imam pun berlalu pergi meninggalkan Tok Lebai & Tok Haji terlopong ....

P/S: Jgn berlagak ilmu kita, sbb ada org tinggi ilmunya lbh drp kita.

tok pawang.....

Maka dikisahkan, di sebuah kampung, adalah seorang Tok Pawang yg termasyhur dgn ilmu perubatan mistik. Maka berduyun2 para manusia dtg berubat, minta tangkal, pengasih & memcm lg benda syirik, sihir & khurafat.

Dipendekkan citer, Tok Pawang ada membela bbrp ekor jin suruhan, Yg paling disyginya adalah seekor toyol. Toyol suruhannya itu sering melakukan sbrg pekerjaan tanpa byk songeh, berbanding jin2 yg lain.

Adapun, Tok Pawang mulai nazak. Tok Pawang mula menyesal di atas kemungkarannya dahulu, & risaukan keadaannya di alam barzakh kelak. Lalu dipanggil si Toyol ....

Pawang: Wahai Toyol, masaku utk meninggalkan kamu makin dekat. Sesungguhnya, dgn kematianku, kau akan bebas drp ikatan perhambaan.
Toyol: Terima kasih Tok, krn menjg makan minum sy selama ni. Apa yg blh sy bantu Tok?
Pawang: Ini adalah permintaan terakhirku buatmu. Laksanakan dgn penuh taat. Kamu hendaklah membeli sehelai kain kapan puti yg cukup elok buatannya, serta setelah itu, pergilah kau ke mesjid utk mencuri jawapan soal-jawab di alam barzakh. Tuliskan jawapan itu di kain kapanku nanti, wahai si Toyol ..... uhhhh .... sakitnya dadaku ..
Toyol: Sabarlah Tok. Akan sy laksanakan permintaan Tok itu. Jgn bimbang Tok ...

Maka si Toyol pun melaksanakan arahan Tok Pawang yg terakhir itu dgn mendapatkan kain kapan yg cukup putih & berharga. Setelah itu, si Toyol pun singgah ke mesjid kampung utk mencuri buku 'Talkin si Mayat' milik Tok Siak .... sambil si Toyol terjenguk2 ke dlm bilik Tok Siak, tetiba kedengaran bunyi azan Zuhur. Terbakarlah tubuh si Toyol yg bertempiaran lari kesakitan.

Dlm waktu yg sama, matilah Tok Pawang. Ramain penziarah terkejut melihatkan sehelai kain kapan yg masih baru terhampar disebelah mayat Tok Pawang.

Setelah jenazah selamat dikebumikan, & derap kaki terakhir pengunjung meninggalkan tanah perkuburan ..... maka menyelinaplah Malaikat Munkar & Nakir bg soal jawab alam barzakh dgn arwah Tok Pawang.

" Mar Rabbuka" (Siapa Tuhan kamu?)

Bergema dinding kubur itu.

Arwah Tok Pawang segera menyelak kain kapannya, & tersgt puas hati krn si Toyol telah menyalin jawapan talkin utknya.

Maka dgn yakinnya Tok Pawang menjawab,"(Huhuhuhu, aku akan terlepas drp siksa kubur sbb jawapan bocor ni) .... Wahai Sang Malaikat, jawapannya adalah .....



















.................. MADE IN CHINA!"

Maka dipalulah akan jenazah Tok Pawang oleh Malaikat Munkar & Nakir hingga hari Penghisaban.


P/S: Jgn cuba meniru & menipu dlm peperiksaan, terutamanya yg berkaitan alam barzakh. Wassalam.

Thursday, July 23, 2009

Mati terkepit???



Ayat cinte mase kini...

Walau lautan api,

aku akan naik kapal selam untuk rentasnye,

ye la, takkan gile nak berenang kan.

Walau setinggi gunung,

aku sewa helikopter ,

ye la, nak daki mane larat.

Walau duit antaran rm100000,

aku akan tetap tikam nombor,

nak kerja, malas ahhh.

Walau mak pak ko tak bagi,

aku tetap nak jugak,

akan ku langgar diorang dengan kapcai abang aku.

Walau ade prempuan lain,

takkan ku curang,

melainkan die lagi cantek....

RAHSIA BANTAL....

1) Memeluk Bantal


Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal



Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.



3) Tidur Dengan Satu Bantal


Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki



Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal


Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal



Kasihan betul... pergi kedai belilah satuuuuuuuuu!!!